Apa itu ONEXOX
- ONEXOX ialah jenama kepada salah satu produk perkhidmatan mudah
alih prabayar yang disediakan oleh XOX Berhad dan diedarkan secara
eksklusif oleh One XOX Sdn. Bhd.
Dimana saya boleh dapatkan Starter Pack ONEXOX?
- Starter Pack ONEXOX boleh didapati DISINI.
Bolehkah saya melanggan ONEXOX dengan mengekalkan nombor sedia ada?
- MNP ONEXOX boleh didapati DISINI.
Dimanakah letaknya kredit tersedia RM5 pada
SIM Pack dan berapa lamakah tempoh aktif jika saya tidak membuat
sebarang tambah nilai?
- Kredit tersedia RM5 terletak pada baki Akaun Utama (MA). SIM kad
anda akan aktif selama 30 hari tanpa membuat sebarang tambah nilai dari
tarikh pengaktifan dibuat. STATUS AKAUN TEMPOH SAH
Mengapa perlu ada Akaun Dedikasi (DA) dan Akaun Utama (MA)?
- Dengan pelan fleksi 2-dalam-1 yang unik, ONEXOX menawarkan caj
kadar murah yang lebih penjimatan pada baki DA dan caj kadar biasa yang
berpatutan pada baki MA.
- Mekanisme caj bermula dengan penolakan pada baki DA (kadar
murah) terlebih dahulu; seterusnya menolak baki MA (kadar biasa) apabila
kehabisan baki DA. Baki MA juga digunakan untuk melanggan pelan
internet mudah alih serta membuat pindahan kredit ke pihak lain; sila
pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi sebelum meneruskan transaksi
tersebut.
- Anda boleh memindahkan sebahagian baki DA ke MA bagi mencukupkan
amaun MA untuk melanggan pelan internet pilihan anda atau jika ingin
membuat pindahan kredit ke pihak lain.Cara memindahkan sebahagian DA ke
MA (perkhidmatan ini adalah percuma):
SMS ke 22111- TRNS DA
Contoh: TRNS DA 18
- Ketelusan ONEXOX mengadakan perbezaan kadar pada kedua-dua akaun
tersebut adalah bertujuan untuk menawarkan kadar tetap sepanjang masa
tanpa perlu membuat apa-apa promosi kadar yang berbeza-beza di masa
hadapan. Berkonsepkan belian top up secara pukal, pelanggan-pelanggan
ONEXOX yang membuat top up pada denominasi yang besar sekali gus akan
menikmati lebih penjimatan pada baki DA. Kami mengalu-alukan agar semua
pelanggan ONEXOX menggunakan ruang penjimatan ini bagi mengoptimakan
perbelanjaan telekomunikasi harian anda.
- Rancanglah pembelian top up anda selepas ini! Sila rujuk PELAN & PERKHIDMATAN untuk gambaran lanjut.
Apakah denominasi tambah nilai yang ada?
- RM5, RM10, RM30, RM50. Sila pastikan anda merancang pembelian denominasi bagi memenuhi keperluan telekomunikasi anda.
Dimana saya boleh dapatkan tambah nilai ONEXOX?
- Tambah nilai boleh dibeli daripada pengedar-pengedar ONEXOX,
kedai-kedai 7-Eleven, stesen-stesen minyak seperti Petronas, Shell,
Mobil, BHP, Caltex dan Esso dan mana-mana kedai terpilih yang
menggunakan terminal ePay. Sila sebut tambah nilai 'XOX' ketika membeli
selain daripada pengedar ONEXOX. Tambah nilai juga boleh dibeli secara
perbankan online menerusi portal SELF CARE
Dimana saya boleh dapatkan tambah nilai ONEXOX?
- Apa yang boleh dilakukan menerusi portal Self Care?
- a. Melihat profil langganan anda. Periksa: baki kredit DA/MA, tempoh sah langganan, baki SMS percuma.
- b. Dapatkan bil terperinci.
- c. Tambah nilai.
- d. Pengurusan langganan internet: Melanggan pelan internet, naiktaraf langganan, periksa baki kuota & menambah kuota.
- e. Pengurusan sub talian: Daftar sehingga 10 sub talian,
membuat tambah nilai sub talian, membuat langganan internet sub talian
dan periksa profil langganan sub talian: baki kredit, tempoh sah, kuota
internet (jika melanggan) & bil terperinci.
- f. Periksa & penebusan mata kesetiaan (loyalty point).
- g. Pengurusan 10 nombor ‘Famili & Rakan': mendaftar/menambah & membatal
Adakah pelan internet mudah alih (data) ONEXOX menyokong semua jenis alat peranti dan telefon pintar?
- Pelan data ONEXOX menyokong hampir semua jenis alat peranti dan
telefon pintar. Sila pastikan anda membuat tetapan yang betul. Walau
bagaimanapun, pelan data ONEXOX tidak menyokong perkhidmatan Blackberry
Internet Service (BIS).
Adakah pelan data ONEXOX bersifat unlimited?
- TIDAK. ONEXOX menawarkan pelan data berkelajuan tinggi (tanpa
kawalan kelajuan) sehingga 4mbps muat turun mengikut had kuota data/hari
yang dilanggan. Dengan ini, pelanggan-pelanggan ONEXOX bebas melayari
internet tanpa gangguan kelajuan. Tempoh langganan data adalah tertakluk
kepada ‘yang mana sampai dulu’ iaitu sama ada had kuota data mencapai
penggunaan 100% atau langganan menemui tarikh tamat tempoh.
Bagaimanakah saya menggunakan SMS percuma?
- SMS percuma boleh digunakan kepada nombor-nombor di rangkaian sama sahaja (XOX & ONEXOX).
Berapakah had bilangan nombor-nombor Famili & Rakan (FnF) yang boleh didaftarkan dan untuk rangkaian mana?
- Anda boleh daftarkan sehingga 10 nombor FnF. 10 pendaftaran
pertama adalah percuma. Kadar runtuh FnF terbuka kepada semua rangkaian
tempatan termasuk talian tetap Telekom Malaysia (kecuali nombor-nombor
premium 1-300 dan nombor-nombor telefon luar negara). Anda juga boleh
membatalkan nombor dan membuat pendaftaran gantian. Walau bagaimanapun,
setiap satu pendaftaran selepas kemasukan kali yang ke-10 akan dikenakan
caj RM1 pada baki MA. Sila pastikan anda mempunyai baki yang mencukupi.
- a. Cara mendaftar FnF: SMS ke 22111- FNF ADD <nombor telefon> contoh : fnf add 0199999999
- b. Cara menyemak senarai FnF: SMS ke 22111- FNF LIST
- c. Cara membatalkan nombor dalam senarai FnF: SMS ke 22111- FNF DEL
Adakah saya layak mendapat kadar FnF jika tiada kredit di dalam Akaun Dedikasi?
- Ya, anda tetap akan menikmati kadar FnF walaupun menggunakan baki MA.
No comments:
Post a Comment